Ini memang pet kesayangan kami sekeluarga. Namanya Kat. iaitu kucing. Kami memang kurang kreatif dalam memberi nama kepada pet kerana pet yang ada tidak pernah panjang usianya pasti hilang dimakan masa. Tapi lain yang ini telah berumur sekitar 6 tahun. Saya beli Kat di Ikea dengan harga RM 40 dapat baki 10 sen.
Sekian. Sekadar memperkenalkan Kat.
Selasa, 25 Ogos 2015
Hari Jadi Anak ke 8 Tahun
Dalam aku mengira umur anak yang semakin banyak, rupanya umur aku , suami , mak , abah semuanya naik tangga juga. Semakin hampir dengan kematian yang mana tidak pun mengenal usia. Selalu aku fikirkan bagaimana lah nanti di alam yang satu lagi, alam barzakh. tidak kekal tetap sangat mengerunkan itu. Alam akhirat ketika dihitung bagaimana pula. Semakin gerun memikirkan diri sendiri. Ku pohon semoga keluargaku ditempatkan bersama orang-orang yang mendapat syafaat Rasullullah sebagai umatnya dan mendapat Redha Allah. (sungguh menginsafkan)
Tak pernah pun aku buat birthday party anak, tapi kali ini terasa ingin meraikan harijadinya dan menggembirakan hati budak-budak. Seronoknya anak-anak tak dapat aku gambarkan walaupun tidaklah sesempurna mana jamuan kecil-kecilan yang aku buat. Turut memeriahkan hari tu, emak aku dari Subang datang menolong. Seperti biasa emak adalah penyelamat keadaan kelam kabut yang memang suka bertandang masa ada keraian. Emak lah yang mandikan anak-anak, gosok baju dan macam-macam lagi. Jadinya aku boleh lah sediakan perkara-perkara lain.
Agak luar dari kebiasaan, jamuan diadakan pada pukul 1030 pagi dengan jemputan sekitar 20 orang. Cuma rakan-rakan baik anak, anak jiran dan kawan-kawan mengaji. Banyak hadiah yang anak dapat, namun yang paling dia sukakan ialah mainan Lego yang tak ori pun. Bab Lego aku lah yang kena siapkan.
Jamuan ringkas ini turut dimeriahkan oleh adik-adik peguam yang baru masuk alam pekerjaan. Kawan kepada adik aku. Nama pun lawyer jadi memang riuh betul rumah sebab masing-masing suara macam petir berdentum. Sangat lah the happening kata orang muda zaman sekarang.
Teringin nak post gambar tapi nampaknya tidak kesampaian memandang peranti yang aku guna sekarang adalah Ipad, dan tidak dapat mengeksport gambar dari peranti ini sendiri. Pelik tapi inilah kenyataan. Untuk anakku, ibu sangat sayang kamu dunia dan akhirat. Terima kasih Allah atas pinjaman ini. ❤️❤️❤️❤️❤️
Rabu, 12 Ogos 2015
Syak wasangka
Kita hanya manusia. Berprasangka memang selalu ada. Tapi jaga-jaga cik Salmah jangan sampai memakan diri. Baru-baru ni saya berhubung semula dengan seorang rakan yang suka menyepi diri. Dia ni happy go lucky cuma yang kurang difahami dia tidak suka berWhatsapp. Whatsapp kan antara medium paling murah untuk manusia marhein berhubung jadi tak ketinggalan lah kita kita ni. namun kawan baik saya sorang ni ada prinsip sendiri. Alkisahnya rupanya dia sibuk dengan urusan keluarga yang sakit. Jadi jangan cepat melatah dan buat anggapan.
Berita baru-baru ini mengenai rakan saya ni, dia berdiam semula setelah kami adakan group khas Whatsapp untuk orang-orang tertentu sahaja. Saya hantar mesej khabar dengan harapan dia akan jawab tapi dia baca dan tidak jawab. Stres dibuatnya. Saya hantar private mesej takkan tak nak jawab juga.
Kenkadang saya rasa kecil hati dengan sikap dia dan bila mana saya datang bulan saya jadi sedih dan marah. Bunyi dah macam perempuam saiko saya ni. Tapi saya masih sihat dan waras. Esoknya saya tunggu dia balas tetapi hampa. Lalu dengan mood datang bulan saya hantar sebiji lagi mesej dengan geram saya kata "ye lah sapelah aku kau memang taknak jawab kan??" ooppps tapi saya tak tekan SEND. Saya padam semua, saya tulis "Kenapa senyap je ni dear? anyway take care.." Short and sweet kan mesej saya. Dia tetap diam. Saya tunggu juga tapi tidak mengharapkan dia jawab. Hati saya lebih tenang kerana tidak menghantar mesej yang dipadam tadi. Beberapa jam kemudian rakan saya JAWAb mesej dengan mengatakan, ahli keluarganya yang sakit itu (leukimia) diserang demam denggi dan berada di wad dah seminggu. Kini dia pula saspek denggi. dia minta maaf tak jawab . Saya rasa sedih dan sangat simpati pada rakan saya itu . Dia kawan baik dan kawan yang baik. Mengapakah saya letakkan syak wasangka buruk pada dia.
Saya doakan semoga beliau diberi keringanan dalam menguruskan hal-hal harian. lav youu..

Rabu, 29 Julai 2015
Kabinet baru
Saya ni surirumah aje. Berkecimpung dalam bidang rumah tangga dah lebih 9 tahun. Jadi full time housewife, baru je setahun. Tapi saya rasa memang tak boleh duduk diam. Mula-mula memang syok lama-lama berdarah jugak lah jiwa dan raga saya. Nasib saya baik sebab masa saya kena buang kerja tahun lepas, saya sedang mengandung 6 bulan. Ha kesian kan? Namun hasilnya, saya ada kawan yang memang selalu bagi saya latih tubi masa kat rumah. Siapa lagi kalau bukan baby. Sayang kau baby. Anak saya yang dua lagi tu sekolah pagi petang. Memang saya jaga makan minum mereka. Syukurlah.
Berbalik kepada kabinet baru yang tengah HOT. Saya memang IN betul lah dengan tajuk tu. Lega menteri kegemaran saya masih ada dalam senarai. Namun tidak ternafi dengan menteri-menteri yang gugur terutama TPM dan Shafie Afdal. Mereka pemimpin di hati rakyat dan sangat dedikatif. Walaupun tergugur dari senarai baru kerana pelbagai alasan yang dirasakan perlu bagi PM hari ini, namun TPM berundur dengan penuh stailo dan bergaya dan bermutu dan berunggulan. Saya tanya suami, lepas ni TPM nak buat apa? Kerjalah kata suami saya. Ye lah, rezeki di tangan Tuhan.
Kisah kabinet ini teringatkan saya pada kisah abah sendiri. Kerana saya anak beliau, perit saya rasakan. Namun Abah tak pernah berdendam pada yang menyingkirkan beliau satu masa dulu. Kesan kepada kejadian itu, kami hanya rasai selepas 8-10 tahun (iaitu sekarang). Duit setinggi Gunung Everest pun kalau di tarah sikit-sikit rata jugalah kan. 7 perut untuk diisi. Mana tak habis gondol segala harta Abah. Harta satu hal, rupanya maruah dan harga diri seolah-olah terkakis sekali. Orang mencebik dan pandang kami satu keluarga macam pandang pada kain lama. Dah pudar kainnya, tidak memberi manfaat, dan tidak berminat. Sabar Abah satu hari akan nampak hasilnya.

Isnin, 27 Julai 2015
Melawat Aunty Sakit
Semalam aku dengan dua lagi kawan lama pergi menjenguk ibu seorang kawan baik kami yang sedang sakit. Aku sampai paling awal, tepat kol 10 pagi. Memang dah plan nak jumpa pukul 10 jadi aku sampai la pukul 10. Bab masa aku sangat particular sebab aku benci menyusahkan orang kalau aku buat orang tertunggu-tunggu kehadiran aku yang dijanji. Macam biasa, kawan yang plan agenda lawatan pura-pura dengan seribu alasan yang kukuh bagi pandangan dia sendiri, lalu beliau tak datang pun. Hari Ahad biasanya hari untuk anak-anak dan suami, kalau dah janji tu buat-buat la tunaikan tanpa apa sahaja alasan yang kau sendiri fikirkan. Kau tak datang pun kami tak ada hal. Sukati kau lah labu. Tapi untuk sekian kalinya kau dah mungkir janji, masa, dan perasaan kami.
Jadinya hanya kami bertiga yang pergi melawat Aunty yang sakit. Aunty 'nampak' sihat pada pandangan mata saya. Tapi menurut kawan saya (anak Aunty) dia baru je lepas cucuk Vitamin C, tu yang nampak segar-bugar pinky pinky. Kesian Aunty. Pada pandangan saya Aunty dah tak ingat saya, tapi rupanya saya antara yang Aunty ingat. Memang berkaca , mata saya masa tu. Aunty senyum je. Anak Aunty ni roomate saya masa kat U. Dia cantik, bijak dan ramai kawan , tak macam saya. Saya suka kawan dengan dia sebab 1001 sebab macam orang lain juga lah. Seronok kawan dengan dia. Masa saya sampai, saya banyak berborak dengan Aunty. Anak saya yang baby saya bawa sekali. Elok je dia duduk sebelah Aunty yang suka sangat picit-picit betis anak saya. Tegapnya kata Aunty.
Dalam 20 minit lepas tu, kawan sorang ni pulak sampai. Kawan baik cum roomate saya juga. Dia lebih berjaya dari saya walaupun dia hanya surirumah tangga macam saya jugak la. Suami beliau juga kawan U saya anak dato. Mereka baik-baik orangnya. Punyalah excited bila sampai, saya pun dia tak salam. Maybe saya tak penting pada mata dia. Namun saya perati Aunty pun tengok dia macam pelik je sebab excited terlebih pulak kawan saya haritu. Cakap-cakap sampai terkeluar air hidung sambil tangan dia meraba beg mahal mencari tisu. Laahai. Biarlah bukan dia buat dosa dengan saya pun.
Lepas 10 minit, kawan yang lagi sorang pulak sampai. Kecik molek je. Dia baru je hantar surat resign. Suami dia suruh. Tapi beliau kata nak tarik balik resignation sebab macam-macam alasan lah termasuklah 1MDB punya alasan; takut la tempiasnya. Mana tau suami dia pula yang kena buang kerja. huhu. Saya perati kawan-kawan saya leka berborak tanpa topik yang khusus. Pasal lelaki depan rumah lah, kawan nak resign lah, kawan jadi artis lah. Saya memang tak IN bab topik gitu. Baiklah saya layan baby yang makin mengganas. Dah berapa kali dia ketuk-ketuk TV Aunty. Seb baik Aunty tak marah. Tapi time gelak-gelak saya join je. Nanti cam pelik pulak kalau saya buat bodo je kat situ.
Tuan rumah aka kawan saya yang sorang ni , buat air ribena campur ice cream soda. Sedap la pulak. Ingat kan jus delima. So topik tetiba bertukar jadi topik resepi yang menarik. OKla tu saya IN jugak topik gitu.
OK itulah catatan melawat Aunty. Aunty didiagnose leukimia masa bulan 5 2015. Dahulu pernah survive barah payudara. Boleh survive 6 weeks lagi lepas hari semalam. Itu kata doktor. Segala Allah Penentu nya. Aunty dah berubah nampak sangat positif dalam semua kata-kata dia. Senyum aja. Kifarah dosa. Masa nak balik yang susah sangat nak balik sebab asik berhenti amik gamba dan sambung borak; Aunty hantar sampai depan gate. TAK pernah Aunty buat macam tu sepanjang saya kenal Aunty. Sentap juga. Bila saya lambai tangan cakap bai bai Aunty, Aunty pun lambai dan senyum :(. Kawan saya (anak dia) terus lari peluk Aunty. Saya rasa sungguh touching waktu tu. Harap dipermudahkan buat Aunty dan kawan saya tu.
Oklah habis cerita. Bai.

Langgan:
Catatan (Atom)
Food 🥘 making bento for Zarif
My standard one baby started schooling this week, so I decided to pack food for him to have during recess. First day, plain maggi, second da...

-
Januari 2019 dah masuk hari ke 22. Namun terasa sungguh panjang seperti sudah pun lebih daripada sebulan. Anak sulungku kini telah melangkah...