Rabu, 29 Julai 2015

Kabinet baru

Saya ni surirumah aje. Berkecimpung dalam bidang rumah tangga dah lebih 9 tahun. Jadi full time housewife, baru je setahun. Tapi saya rasa memang tak boleh duduk diam. Mula-mula memang syok lama-lama berdarah jugak lah jiwa dan raga saya. Nasib saya baik sebab masa saya kena buang kerja tahun lepas, saya sedang mengandung 6 bulan. Ha kesian kan? Namun hasilnya, saya ada kawan yang memang selalu bagi saya latih tubi masa kat rumah. Siapa lagi kalau bukan baby. Sayang kau baby. Anak saya yang dua lagi tu sekolah pagi petang. Memang saya jaga makan minum mereka. Syukurlah.

Berbalik kepada kabinet baru yang tengah HOT. Saya memang IN betul lah dengan tajuk tu. Lega menteri kegemaran saya masih ada dalam senarai. Namun tidak ternafi dengan menteri-menteri yang gugur terutama TPM  dan Shafie Afdal. Mereka pemimpin di hati rakyat dan sangat dedikatif. Walaupun tergugur dari senarai baru kerana pelbagai alasan yang dirasakan perlu bagi PM hari ini, namun TPM berundur dengan penuh stailo dan bergaya dan bermutu dan berunggulan. Saya tanya suami, lepas ni TPM nak buat apa? Kerjalah kata suami saya. Ye lah, rezeki di tangan Tuhan.

Kisah kabinet ini teringatkan saya pada kisah abah sendiri. Kerana saya anak beliau, perit saya rasakan. Namun Abah tak pernah berdendam pada yang menyingkirkan beliau satu masa dulu. Kesan kepada kejadian itu, kami hanya rasai selepas 8-10 tahun (iaitu  sekarang). Duit setinggi Gunung Everest pun kalau di tarah sikit-sikit rata jugalah kan. 7 perut  untuk diisi. Mana tak habis gondol segala harta Abah. Harta satu hal, rupanya maruah dan harga diri seolah-olah terkakis sekali. Orang mencebik dan pandang kami satu keluarga macam pandang pada kain lama. Dah pudar kainnya, tidak memberi manfaat, dan tidak berminat. Sabar Abah satu hari akan nampak hasilnya.

Food 🥘 making bento for Zarif

My standard one baby started schooling this week, so I decided to pack food for him to have during recess. First day, plain maggi, second da...