Resepi Spagetti sihat ala Aglio Olio
3 ulas Bawang putih
1/4 cawan extra Virgin olive Oil
1/4 cawan tomato ceri
1/4 cawan tomato jepun dibuang biji
Daun ketumbar
Cili padi
serbuk paprika
sos ikan
perahan limau
Gula merah - sedikit sahaja
Cara-caranya
- Panaskan minyak zaitun sekadarnya, masukkan bawang putih. Masak tanpa menggoreng, minyak jangan terlalu panas.
- Masa yang sama , rebus spageti hingga empuk.
- Apabila bawang putih telah masak, masukkan sayur-sayuran dan bahan perasa secukupnya. Masak sekejap sahaja kerana minyak zaitun tidak boleh dimasak seperti menggoreng. Masak sekadarnya sahaja. Tutup api.
- Campur spageti ke dalam kuali dan gaul kan hingga rata.
- Sedia dihidangkan.
Selamat mencubaaa!