Rabu, 12 Ogos 2015

Syak wasangka

Kita hanya manusia. Berprasangka memang selalu ada. Tapi jaga-jaga cik Salmah jangan sampai memakan diri. Baru-baru ni saya berhubung semula dengan seorang rakan yang suka menyepi diri. Dia ni happy go lucky cuma yang kurang difahami dia tidak suka berWhatsapp. Whatsapp kan antara medium paling murah untuk manusia marhein berhubung jadi tak ketinggalan lah kita kita ni. namun kawan baik saya sorang ni ada prinsip sendiri. Alkisahnya rupanya dia sibuk dengan urusan keluarga yang sakit. Jadi jangan cepat melatah dan buat anggapan.

Berita baru-baru ini mengenai rakan saya ni, dia berdiam semula setelah kami adakan group khas Whatsapp untuk orang-orang tertentu sahaja. Saya hantar mesej khabar dengan harapan dia akan jawab tapi dia baca dan tidak jawab. Stres dibuatnya. Saya hantar private mesej takkan tak nak jawab juga.

Kenkadang saya rasa kecil hati dengan sikap dia dan bila mana saya datang bulan saya jadi sedih dan marah. Bunyi dah macam perempuam saiko saya ni. Tapi saya masih sihat dan waras.  Esoknya saya tunggu dia balas tetapi hampa. Lalu dengan mood datang bulan saya hantar sebiji lagi mesej dengan geram saya kata "ye lah sapelah aku kau memang taknak jawab kan??" ooppps tapi saya tak tekan SEND. Saya padam semua, saya tulis "Kenapa senyap je ni dear? anyway take care.." Short and sweet kan mesej saya. Dia tetap diam. Saya tunggu juga tapi tidak mengharapkan dia jawab. Hati saya lebih tenang kerana tidak menghantar mesej yang dipadam tadi. Beberapa jam kemudian rakan saya JAWAb mesej dengan mengatakan, ahli keluarganya yang sakit itu (leukimia) diserang demam denggi dan berada di wad dah seminggu. Kini dia pula saspek denggi. dia minta maaf tak jawab . Saya rasa sedih dan sangat simpati pada rakan saya itu . Dia kawan baik dan kawan yang baik. Mengapakah saya letakkan syak wasangka buruk pada dia.

Saya doakan semoga beliau diberi keringanan dalam menguruskan hal-hal harian. lav youu..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Food 🥘 making bento for Zarif

My standard one baby started schooling this week, so I decided to pack food for him to have during recess. First day, plain maggi, second da...