Januari 2019 dah masuk hari ke 22. Namun terasa sungguh panjang seperti sudah pun lebih daripada sebulan. Anak sulungku kini telah melangkah ke tahun 6, anak kedua ke tahun 5 dan yang bongsu sudah ke tadika swasta. Walaupun saya tidak bekerja, namun perasaan WAJIB menghantar anak ke sekolah seawall 5 tahun ke tadika SWASTA seperti suatu kemestian.
Keadaan lebih memenatkan bilamana, Emak mertua dan adik ipar turut pindah ke KL dan tinggal berdekatan dengan rumah. Walaupun bukan rumah yang sama, tanggungjawab menjaga emak dan anak2 buah menjadi tanggungan sendiri. Adik pun ada bagi duit belanja yg ku sendiri mengganggapnya lumayan. Emak juga ada bagi duit belanja berlebih2an. Bukan pasal duit, tapi tenaga sedikit tidak mengizinkan. Namun, namun.. syukurlah semuanya fall into place... Alhamdulillah.
Hari ni, bapa saudara ku meninggal. Beliau seorang yang sangat periang, suka tersenyum, murah dengan lawak jenaka. Siapa sangka aturan Allah yang menjemput nya dengan penuh sempurna dan teratur. Ketika adik bertunang sekitar 4 bulan lalu, arwah sihat dan masih berisi tubuhnya. Setelah diserang sakit perut (aku juga kurang pasti) seleranya kurang dan sedikit demi sedikit semakin mengurus. Semuanya bermula dalam masa sebulan. :(
Terima kasih Pakcik kerana pernah jaga saya masa mak tinggalkan saya dengan Uwan. Mak dan Abah ke US utk belajar, dan saya dijaga oleh insan2 teristimewa dalam hidup :) . Terima kasih pakcik kerana pernah singgah dalam memori saya dan saya gembira. Indahnya kalua semua iinsan teristimewa ini dapat sama2 berkumpul sekarang..masa raya..masa birthday.. masa bila pun...Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas dirimu Pakcik. Tenanglah di sana.. :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Food 🥘 making bento for Zarif
My standard one baby started schooling this week, so I decided to pack food for him to have during recess. First day, plain maggi, second da...
-
MCO 2.0 already took place around three weeks now. Other than being boring staying at home, I am extremely worry about the covid 19 cases t...
-
Over the past few months, Anna Hariri always pops up on Instagram. I love most of their dresses, feminine with elegance look, the best is I...
-
Dalam Chowrasta Market ada kedai buku2 second hand ala2 kat PJ old town tu. Siapa suka belek2 mukasurat boleh la singgah... Budak2 happy dap...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan