Sabtu, 30 Januari 2021

Hexa Wall Moss

Cantik tak terrarium saya? Terrarium ni nama nya Hexa Wall Moss, Ada water feature dan dua ekor itik sedang berduaan. Sebenarnya saya order figurine  lelaki sedang pegang camera, tapi katanya dah habis. Dapat lah itik serati giant dua ekor. Harganya Rm360. Mahal kan? Tapi bagi saya okaylah sebab hadiah nak bagi sang suami terchentah. Untuk diri sendiri juga. 😂 Nak jaga pun senang pokok mini ni. Semburkan air tapis, filtered water dua minggu sekali. Tapi setakat dua minggu ni, belum spray lagi. The best part, kalau rasa tak cukup oksigen, bukak je pintu kaca tu, sedut lahh dalam dalam. 

PKSK, UKKM, PPSR, UPSR 2020

PKSK yang membawa maksud Penilaian Kemasukan Sekolah Khusus mula menggantikan UKSBP untuk kemasukan tahun ini, 2021. Setakat yang difahami Ujian khas ini ada lah bagi menampung kelayakan kemasukan pelajar ke sekolah khusus macam SBP, sekolah Teknik dan sebagainya di bawah kelolaan KPM. Maaf ini ringkasan pemahaman saya sendiri. Boleh rujuk MOE untuk maklumat PKSK.

Disebabkan tiada UPSR, KPM tak dapat filter pelajar yang berkelayakan dari segi akademik sebab semua layak duduki exam. Tapi kalau difikirkan semula, tahun lepas pelajar dengan keputusan 3A juga boleh ke SBP. Dari pengamatan saya pada tahun lepas, Seorang rakan anak telah mendapat keputusan 3A, sayangnya  anak ini seorang top student. Mungkin kerana itu KPM memilih berdasarkan PPSR. Bukan lah UPSR sahaja. Pastinya pelajar ini mendapat point yang tinggi pada seluruh tahun 4,5 & 6, maka PPSR nya berjaya. UPSR hanya satu cabang markah dlm PPSR. Begitulah. 


Ashraf dah pun menduduki PKSK 2021 pada 26/1 yang lepas. Soalan yang keluar ada lah soalan objektif dan penulisan Bahasa Melayu. Tajuk penulisan menurutnya tentang Online Learning -belajar dari rumah, PDPR dan satu lagi tajuk cita-cita saya. Disebabkan anak saya terlalu suka kan cita-citanya, jadi topik itulah yang dia tulis. Bukan tak study bab online learning tapi katanya dia ada banyak point nak tulis pasal cita-cita. 

Untuk rekod juga, Ashraf juga telah duduki Ujian Kemasukan MRSM UKKM sebelum PKP 2.0 di Kolej Mara Maluri. UKKM untuk Tingkatan 1 Sela in ulul albab ni rasanya format baru juga. Harap nya ada lah offer dari MRSM juga.


Selain tu, Ashraf juga akan duduki Ujian & Temuduga SMA MAIWP. Sekolah ni favourite saya sendiri sebab sukakan fasiliti sekolah yang moden dan baru. Ada Padang futsal indoor, bilik asrama berempat (bukan dorm style), Ada washer setiap tingkat dsbnya. Plus point sebab sekolah ini sekolah agama MAIWP yang sangat dekat dengan rumah. Saya pernah lihat yurannya, sedikit tinggi tetapi bagi yg kurang berkemampuan, ada sahaja bantuan dari pulak MAIWP dan sekolah. Anak pertama saya pernah mendapat tawaran sekolah ini, tapi kemudian kami membuat keputusan untuk pilih SBP mengikut minat nya sendiri.


Okaylah, sebenarnya post ni sekadar memori utk disimpan sebagai kenangan. Harapan Ibu Semoga Ashraf tidak kecewa kalau tak dapat, dan bergembiralah, syukur lah kalau dapat offer SBP yang diidam-idamkan. InshaAllah. 




Jumaat, 29 Januari 2021

Yay ! Webinar Dr Lawrence

 Semalam adalah kali pertama saya join Webinar by DDL. Saya join via jemputan ahli club. Not sure nama club tu, tapi masa webinar tu DDL dah sebut banyak kali. 

Webinar start jam 8 malam. Free and easy session. Ramai yang join ni business owner, insurance agent, product agents dan saya rasa sangat berbaloi untuk join sebab saya masuk free hehe 😜. Disebabkan saya ni housewife, Saya rasa berat sikit lah nak spend duit. Duit nak buat Master pun saya dah terguna utk benda lain (benda2 yg bagus if you need to know). Kalau ada yang berminat, DDL ada buat yearly subscribe untuk RM280 (kalau tak salah). Sebulan sekali talk and pretty sure banyak freebies contohnya boleh invite participants sekali sekala macam yang Saya dapat ni.

Saya ada buat note 📝 masa DDL bagi talk. Tgk bawah ni. 


Tajuk semalam agak menarik iaitu “ sell by story telling “. Sikit sebanyak ada juga gaining Saya malam tadi. Okay enough writing kali ni. Bye.


MCO Movement Control Order

 MCO 2.0 already took place around three weeks now. Other than being boring staying at home, I am extremely worry about the covid 19 cases that hikes day by day. First MCO was last year, and during that period the numbers were not even 200 cases reported daily. But now... the cases reached 4000 daily, and hit more than 5000 cases yesterday. Sorry not sorry I think 💭 the politicians should take the blame. Can we stay with the virus 🦠 but taking all the handling procedure seriously without calling for a lockdown? I know that the government had really cracking their heads now for the fellow of Malaysians, and that’s why we heard all the disagreements among them. Surely it is super hard to make any decision. But I know we can do it. We can do it. We can do it. I sincerely believe in our new government, our DG, our people to come to ‘one’ and fight against the pandemic. I love Malaysia. Love Malaysia. Ok enough for this writing, bye.

Food 🥘 making bento for Zarif

My standard one baby started schooling this week, so I decided to pack food for him to have during recess. First day, plain maggi, second da...