PKSK yang membawa maksud Penilaian Kemasukan Sekolah Khusus mula menggantikan UKSBP untuk kemasukan tahun ini, 2021. Setakat yang difahami Ujian khas ini ada lah bagi menampung kelayakan kemasukan pelajar ke sekolah khusus macam SBP, sekolah Teknik dan sebagainya di bawah kelolaan KPM. Maaf ini ringkasan pemahaman saya sendiri. Boleh rujuk MOE untuk maklumat PKSK.
Disebabkan tiada UPSR, KPM tak dapat filter pelajar yang berkelayakan dari segi akademik sebab semua layak duduki exam. Tapi kalau difikirkan semula, tahun lepas pelajar dengan keputusan 3A juga boleh ke SBP. Dari pengamatan saya pada tahun lepas, Seorang rakan anak telah mendapat keputusan 3A, sayangnya anak ini seorang top student. Mungkin kerana itu KPM memilih berdasarkan PPSR. Bukan lah UPSR sahaja. Pastinya pelajar ini mendapat point yang tinggi pada seluruh tahun 4,5 & 6, maka PPSR nya berjaya. UPSR hanya satu cabang markah dlm PPSR. Begitulah.
Ashraf dah pun menduduki PKSK 2021 pada 26/1 yang lepas. Soalan yang keluar ada lah soalan objektif dan penulisan Bahasa Melayu. Tajuk penulisan menurutnya tentang Online Learning -belajar dari rumah, PDPR dan satu lagi tajuk cita-cita saya. Disebabkan anak saya terlalu suka kan cita-citanya, jadi topik itulah yang dia tulis. Bukan tak study bab online learning tapi katanya dia ada banyak point nak tulis pasal cita-cita.
Untuk rekod juga, Ashraf juga telah duduki Ujian Kemasukan MRSM UKKM sebelum PKP 2.0 di Kolej Mara Maluri. UKKM untuk Tingkatan 1 Sela in ulul albab ni rasanya format baru juga. Harap nya ada lah offer dari MRSM juga.
Selain tu, Ashraf juga akan duduki Ujian & Temuduga SMA MAIWP. Sekolah ni favourite saya sendiri sebab sukakan fasiliti sekolah yang moden dan baru. Ada Padang futsal indoor, bilik asrama berempat (bukan dorm style), Ada washer setiap tingkat dsbnya. Plus point sebab sekolah ini sekolah agama MAIWP yang sangat dekat dengan rumah. Saya pernah lihat yurannya, sedikit tinggi tetapi bagi yg kurang berkemampuan, ada sahaja bantuan dari pulak MAIWP dan sekolah. Anak pertama saya pernah mendapat tawaran sekolah ini, tapi kemudian kami membuat keputusan untuk pilih SBP mengikut minat nya sendiri.
Okaylah, sebenarnya post ni sekadar memori utk disimpan sebagai kenangan. Harapan Ibu Semoga Ashraf tidak kecewa kalau tak dapat, dan bergembiralah, syukur lah kalau dapat offer SBP yang diidam-idamkan. InshaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan