Ini memang pet kesayangan kami sekeluarga. Namanya Kat. iaitu kucing. Kami memang kurang kreatif dalam memberi nama kepada pet kerana pet yang ada tidak pernah panjang usianya pasti hilang dimakan masa. Tapi lain yang ini telah berumur sekitar 6 tahun. Saya beli Kat di Ikea dengan harga RM 40 dapat baki 10 sen.
Sekian. Sekadar memperkenalkan Kat.
Selasa, 25 Ogos 2015
Hari Jadi Anak ke 8 Tahun
Dalam aku mengira umur anak yang semakin banyak, rupanya umur aku , suami , mak , abah semuanya naik tangga juga. Semakin hampir dengan kematian yang mana tidak pun mengenal usia. Selalu aku fikirkan bagaimana lah nanti di alam yang satu lagi, alam barzakh. tidak kekal tetap sangat mengerunkan itu. Alam akhirat ketika dihitung bagaimana pula. Semakin gerun memikirkan diri sendiri. Ku pohon semoga keluargaku ditempatkan bersama orang-orang yang mendapat syafaat Rasullullah sebagai umatnya dan mendapat Redha Allah. (sungguh menginsafkan)
Tak pernah pun aku buat birthday party anak, tapi kali ini terasa ingin meraikan harijadinya dan menggembirakan hati budak-budak. Seronoknya anak-anak tak dapat aku gambarkan walaupun tidaklah sesempurna mana jamuan kecil-kecilan yang aku buat. Turut memeriahkan hari tu, emak aku dari Subang datang menolong. Seperti biasa emak adalah penyelamat keadaan kelam kabut yang memang suka bertandang masa ada keraian. Emak lah yang mandikan anak-anak, gosok baju dan macam-macam lagi. Jadinya aku boleh lah sediakan perkara-perkara lain.
Agak luar dari kebiasaan, jamuan diadakan pada pukul 1030 pagi dengan jemputan sekitar 20 orang. Cuma rakan-rakan baik anak, anak jiran dan kawan-kawan mengaji. Banyak hadiah yang anak dapat, namun yang paling dia sukakan ialah mainan Lego yang tak ori pun. Bab Lego aku lah yang kena siapkan.
Jamuan ringkas ini turut dimeriahkan oleh adik-adik peguam yang baru masuk alam pekerjaan. Kawan kepada adik aku. Nama pun lawyer jadi memang riuh betul rumah sebab masing-masing suara macam petir berdentum. Sangat lah the happening kata orang muda zaman sekarang.
Teringin nak post gambar tapi nampaknya tidak kesampaian memandang peranti yang aku guna sekarang adalah Ipad, dan tidak dapat mengeksport gambar dari peranti ini sendiri. Pelik tapi inilah kenyataan. Untuk anakku, ibu sangat sayang kamu dunia dan akhirat. Terima kasih Allah atas pinjaman ini. ❤️❤️❤️❤️❤️
Rabu, 12 Ogos 2015
Syak wasangka
Kita hanya manusia. Berprasangka memang selalu ada. Tapi jaga-jaga cik Salmah jangan sampai memakan diri. Baru-baru ni saya berhubung semula dengan seorang rakan yang suka menyepi diri. Dia ni happy go lucky cuma yang kurang difahami dia tidak suka berWhatsapp. Whatsapp kan antara medium paling murah untuk manusia marhein berhubung jadi tak ketinggalan lah kita kita ni. namun kawan baik saya sorang ni ada prinsip sendiri. Alkisahnya rupanya dia sibuk dengan urusan keluarga yang sakit. Jadi jangan cepat melatah dan buat anggapan.
Berita baru-baru ini mengenai rakan saya ni, dia berdiam semula setelah kami adakan group khas Whatsapp untuk orang-orang tertentu sahaja. Saya hantar mesej khabar dengan harapan dia akan jawab tapi dia baca dan tidak jawab. Stres dibuatnya. Saya hantar private mesej takkan tak nak jawab juga.
Kenkadang saya rasa kecil hati dengan sikap dia dan bila mana saya datang bulan saya jadi sedih dan marah. Bunyi dah macam perempuam saiko saya ni. Tapi saya masih sihat dan waras. Esoknya saya tunggu dia balas tetapi hampa. Lalu dengan mood datang bulan saya hantar sebiji lagi mesej dengan geram saya kata "ye lah sapelah aku kau memang taknak jawab kan??" ooppps tapi saya tak tekan SEND. Saya padam semua, saya tulis "Kenapa senyap je ni dear? anyway take care.." Short and sweet kan mesej saya. Dia tetap diam. Saya tunggu juga tapi tidak mengharapkan dia jawab. Hati saya lebih tenang kerana tidak menghantar mesej yang dipadam tadi. Beberapa jam kemudian rakan saya JAWAb mesej dengan mengatakan, ahli keluarganya yang sakit itu (leukimia) diserang demam denggi dan berada di wad dah seminggu. Kini dia pula saspek denggi. dia minta maaf tak jawab . Saya rasa sedih dan sangat simpati pada rakan saya itu . Dia kawan baik dan kawan yang baik. Mengapakah saya letakkan syak wasangka buruk pada dia.
Saya doakan semoga beliau diberi keringanan dalam menguruskan hal-hal harian. lav youu..

Langgan:
Catatan (Atom)
Food 🥘 making bento for Zarif
My standard one baby started schooling this week, so I decided to pack food for him to have during recess. First day, plain maggi, second da...

-
MCO 2.0 already took place around three weeks now. Other than being boring staying at home, I am extremely worry about the covid 19 cases t...
-
Kadang-kadang bila terlalu banyak yang berlegar dibenak fikiran, hasilnya tiada apa yang dapat saya luahkan di blog. Terlalu seronok, sedih ...
-
As of today, I have started doing transcription-ning since last two weeks. I also have moved this blog to notsomakcik.com . which was previo...