Januari 2019 dah masuk hari ke 22. Namun terasa sungguh panjang seperti sudah pun lebih daripada sebulan. Anak sulungku kini telah melangkah ke tahun 6, anak kedua ke tahun 5 dan yang bongsu sudah ke tadika swasta. Walaupun saya tidak bekerja, namun perasaan WAJIB menghantar anak ke sekolah seawall 5 tahun ke tadika SWASTA seperti suatu kemestian.
Keadaan lebih memenatkan bilamana, Emak mertua dan adik ipar turut pindah ke KL dan tinggal berdekatan dengan rumah. Walaupun bukan rumah yang sama, tanggungjawab menjaga emak dan anak2 buah menjadi tanggungan sendiri. Adik pun ada bagi duit belanja yg ku sendiri mengganggapnya lumayan. Emak juga ada bagi duit belanja berlebih2an. Bukan pasal duit, tapi tenaga sedikit tidak mengizinkan. Namun, namun.. syukurlah semuanya fall into place... Alhamdulillah.
Hari ni, bapa saudara ku meninggal. Beliau seorang yang sangat periang, suka tersenyum, murah dengan lawak jenaka. Siapa sangka aturan Allah yang menjemput nya dengan penuh sempurna dan teratur. Ketika adik bertunang sekitar 4 bulan lalu, arwah sihat dan masih berisi tubuhnya. Setelah diserang sakit perut (aku juga kurang pasti) seleranya kurang dan sedikit demi sedikit semakin mengurus. Semuanya bermula dalam masa sebulan. :(
Terima kasih Pakcik kerana pernah jaga saya masa mak tinggalkan saya dengan Uwan. Mak dan Abah ke US utk belajar, dan saya dijaga oleh insan2 teristimewa dalam hidup :) . Terima kasih pakcik kerana pernah singgah dalam memori saya dan saya gembira. Indahnya kalua semua iinsan teristimewa ini dapat sama2 berkumpul sekarang..masa raya..masa birthday.. masa bila pun...Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas dirimu Pakcik. Tenanglah di sana.. :)
Selasa, 22 Januari 2019
Rabu, 28 Mac 2018
Emak Melaka
Assalamualaikum readers. (Hakikatnya blog ini tiada pembaca (great anyway!))
Pada suatu tengahari di awal minggu, ya hari Isnin, saya menerima WA dari kekanda hati yang mengatakan ibunya sakit. Ipar saya telah pun bertolak ke Melaka untuk menjemput Emak ke KL malam tadi. Kenyataan ini amat menggemparkan kami sekeluarga kerana pada pengamatan kami Emak SIHAT. Ipar saya adalah seorang doktor pakar dan memberi pengesahan bahawa Emak bukan berada di Kondisi normal. Kata Emak, ketika dia di bilik dapur, dia terlihat awan putih berlegar sekelilingnya dan dia terus menjadi seram sejuk. Minggu sebelumnya, adik ipar saya telah membawa Emak ke sebuah pakar orang tua; dan hasilnya Emak di diagnosis depresi. Kami sekeluarga merasa amat sedih dan bagi saya sendiri , ia bagai satu mimpi dan mustahil Emak ada depresi.
Certanya agak panjang, lalu dipendekkan di sini. Saya masih merasakan Emak sihat , tiada depresi cuma letih dengan perihal anak-anak, menantu dan cucu. Apapun doa saya semoga Emak kuat melawan apa sahaja anasir yang cuba mengawal mak dan mak kembali ceria seperti dulu. Sayang Mak!❤️
Harap Mak cepat sihat. Trip ke London sudah makin hampir. Harap Mak boleh pergi dan pulang dengan selamat. InshaAllah.
Oklah . Bai.

Selasa, 23 Januari 2018
Hasrat jadi "Taukeh" Kek
Kisah saya yang tiba-tiba berminat berjualan kek cantik adalah selepas kagum melihat kek-kek hasil nukilan Kak Yani The Kitchen Guardian dan Cantek Sekali. Keduanya sangat kreatif. Saya memikirkan darah seni yang mengalir ditubuh ini perlu disalurkan kepada sesuatu. Ya, mungkin pada kek!
Saya tertarik pada panggilan kelas menge'kek' ☺oleh Kak Yani, lalu terus memberi maklumbalas untuk menyertainya. Katanya hanya 20 orang satu sesi, dan saya bertuah. Harga kelas ialah RM250, dengan perkongsian cara-cara membuat Kek Victoria Sandwich (tak pernah tahu kek apakah itu), Kek Devil Food Chocolate Cake dan demo Pavlova Cake. Saya penggemar Pavlova, maka teruslah saya join kelas tu. Pada hari kelas dijalankan, kelas agak padat dengan sekitar 30 orang pelajar. Lebih memeningkan,adalah ragam sekor-sekor yang tunjuk pandai dengan soalan yang boombastic. Kata soalan, tapi nampak macam sendiri yang beri jawapan. Selalu saya lihat Kak Yani sedaya upaya menjawab segala pertanyaan dan sesekali 'annoyed' dengan soalan mereka. Paling tak senonoh, pelajar yang merekod video pada setiap gerak Kak Yani, dengan harapan meniru segala perbuatan agar tak terlepas apa-apa tips. Bayangkan kelas yang padat, yang sorang ni sibuk dengan video dari mula hingga akhir. blurrghh!
Pada tujuan asal, saya ke kelas Kak Yani hanya kerana minat melihat kek yang cantik. Saya tidak mempunyai ketuhar, cake mixer waima spatula cake pun saya tak ada. Saya tergelak kecil bila tahu dalam kulinari juga dipanggil spatula, kerana kali terakhir saya dengar perkataan itu adalah di makmal kimia sekolah menengah. Haha. Saya sungguh naif.
Oh ye, saya ke kelas Kak Yani sudah beberapa tahun yang lalu. Lebih kurang 3-4 tahun lalu. Sekarang saya dah pandai sikit tentang alatan membaking dan boleh menghasilkan kekk cantik! Mission accomplished!

Sabtu, 14 Januari 2017
BCL__Cinta Sejati(ost Habibie Dan Ainun )
Kekasih hati aku, A,
Lihat sahaja kisah cinta ini, seperti kita yang tak pernah jemu , high and low.

Pagi yang tenang
Hari ini hari Ahad yang membahagiakan. Hari di mana aku dan suami membuat satu keputusan untuk berhenti kerja. Bukan suami tetapi aku sendiri. Pastinya keputusan berat macam ni perlu perdebatan hangat antara aku dan encik suami. Encik suami seakan tidak kkisah. Katanya ptptn biar dia bayarkan. Terasa bagus semangat sebegitu. Kuang kuang sengkuang.
Pagi ini juga kami terlewat subuh. Subuh gajah kata orang melayu. Kami bangun sekitar jam 6.55 pagi, lalu terus menjalankan tuntutan agama. Kemudian ke tasik untuk riadah , sarapan di mamaks dan kembali ke kotak tempat kami tinggal. Lalu terus aku membuat keputusan untuk ke pejabat, sekadar mengurangkan beban hari esok yang besar harapan akan sibuk bak lebah mencari madu.
Ok will be back for more nuts updates (not important updates ❤❤❤❤❤)
Laff,
Ibu H

Ahad, 17 April 2016
Uwan
Hari Selasa, 12 April 2016. Aku pi tempat kerja macam biasa. Semangat sikit bawak bekal hari tu. Bekal sardin yang aku masak malam sebelumnya untuk berbuka puasa.
Jam 9 pagi, macam biasa kakak cleaner bersihkan office, aku pulak baru sempat tengok telifon. Paling sukar untuk aku terima bila message dari mak ngah kata, "Salam, uwan/mak dah tak gerak". Secara spontan aku terus keluar, capai telifon dan terus call mak ngah untuk pengesahan. Betul, mak ngah kata uwan dah tak sedar. Tengah nak panggil doktor buat pengesahan. Pengesahan? :( :( :(. Lepas call mak ngah, aku call Acad. Terus menangis. Dalam kepala, aku nak pegi rumah Uwan sekarang jugak, mana tau sempat jumpa.
To be continue...

Selasa, 25 Ogos 2015
Pet kesayangan hamba
Ini memang pet kesayangan kami sekeluarga. Namanya Kat. iaitu kucing. Kami memang kurang kreatif dalam memberi nama kepada pet kerana pet yang ada tidak pernah panjang usianya pasti hilang dimakan masa. Tapi lain yang ini telah berumur sekitar 6 tahun. Saya beli Kat di Ikea dengan harga RM 40 dapat baki 10 sen.
Sekian. Sekadar memperkenalkan Kat.
Sekian. Sekadar memperkenalkan Kat.
Langgan:
Catatan (Atom)
Food 🥘 making bento for Zarif
My standard one baby started schooling this week, so I decided to pack food for him to have during recess. First day, plain maggi, second da...
-
Hari Selasa, 12 April 2016. Aku pi tempat kerja macam biasa. Semangat sikit bawak bekal hari tu. Bekal sardin yang aku masak malam sebelumny...
-
MCO 2.0 already took place around three weeks now. Other than being boring staying at home, I am extremely worry about the covid 19 cases t...
-
Assalamualaikum readers. (Hakikatnya blog ini tiada pembaca (great anyway!)) Pada suatu tengahari di awal minggu, ya hari Isnin, saya mener...