Ahad, 14 Februari 2021

Keramat Mall, 1 Chopati & kedai cookies sedap

Sarang Ulat buku, Pasar Chowrasta Penang

Dalam Chowrasta Market ada kedai buku2 second hand ala2 kat PJ old town tu. Siapa suka belek2 mukasurat boleh la singgah... Budak2 happy dapat belek komik yang super banyak. Yang tak bestnya kebanyakan buku diikat bundle. Nak mintak buka pun segan. 

Apa2 pun tempat ni adalah highly recommended by saya sendiri. 

Sabtu, 13 Februari 2021

Semalaman di Lexis Port Dickson

Lepas dah boleh rentas negeri Dec 2020 lepas, kitorang claim semula Lexis stay yang tertangguh sejak bulan 3 haritu. Patutnya staycation masa cuti sekolah, tapi apa kan daya Malaysia announced PKP dan tiada rentas negeri. 

First time ke Lexis. Rate satu malam ialah RM600++ . Untung siapa yang book masa PKP sebab rasanya diorang ada buat promotion RM 200 per night. Tak tahu la kebenaran promotion tu.

Lexis punya resort rasanya ada few types. Paling murah adalah yang mana biliknya mempunyai smaller square feet, dan yang paling mahal ialah yang Lexis Hibiscus tu. Ada juga yg high rise. Ada juga atas darat, garden view. Ada yg tak ada view, terrance sahaja. Semua depends pada kehendak. Siapkan $$ $$$ je lah. 

Masa kami ke sana, ramai yang bawa family members atuk, nenek, dan yang paling happy pastinya budak2 sebab dapat private pool. Lupa nak bagitahu, semua bilik ada pool. Ajak lah sekampung pun, diorang tak check pun. The More the merrier tapi kalu dah malam, katil tetap untuk 4 orang sahaja. 

Lepas check in, dari dalam bilik boleh dengar riuh rendah kekanak masuk pool. Seronok depaaaa. Kebersihan bilik masa kami check in 2/5 untuk standard Lexis yang mahal harganya. Masih ada putung rokok di tempat letak sabun dekat dengan pool. Sabau je la. 

But overall, the stay adalah sangat berbaloi setelah terkurung selama 3 bulan. We will definitely datang lagi. 


Atuk, atuk tengah buat apa tu?

Masa lepas PKP dan government bagi kebenaran rentas negeri Dec 2020 yang lepas, kami pergi melawat Abah kat kampung. Abah sorang-sorang je. Kami pujuk balik KL tapi Abah kata banyak kerja tak siap. Abah nak menanam pokok, nak clearkan semak. Rajin betul Abah. 

Bangga dengan Abah. Abah telah buktikan kepuasan berbakti dengan tanah. 

Abah nampak sihat tapi rasanya mesti Abah penat juga membanting tenaga bawah panas terik. Abah suka macam tu. Kami yang tinggal kat KL selalu risau sebab Abah suka duduk sorang-sorang. 





Hexa Moss Kesayangan saya. Hexa Moss Terrarium.

Starbucks Drive Through, Jalan Cheras

Lumut dalam rumah.. rasa macam duduk dalam hutan

Ton Phai, Kampung Baru Kl . Sedap , murah, marvellous!

Jumaat, 12 Februari 2021

Kampung Atuk Kampung Rahmat

Ini gambar kami masa melawat Abah kat kampung. Abah dah berumur lebih 70 tahun tapi masih bersemangat nak berkebun, ya itulah Abah kebanggaan kami. Sayang Abah. PKPP December 2020. I looked short and fat in this photo.


My hypo tiroid yang menyusahkan hati

Makanan yang mengandungi kandungan yang boleh kill Iodin, yg diperlukan oleh tiroid utk menghasilkan hormon tsh. Laymen , for my keep. 

Hari Serahan Buku Teks Tingkatan 2 MOZAC Melaka

Hari serahan buku ada lah mengikut kelas. Kelas Oshee mula serahan pukul 10am, tapi kami dah pun tiba dari KL jam 830. Jadi kami singgah ke Family Mart berdekatan dengan Mozac untuk beli makanan. PKP masih ada, jadi Oshee tak ikut sekali untuk ke sekolah sebab satu kenderaan hanya 2 orang sahaja. 

Betapa bertuahnya Oshee sebab dapat semua buku baru! Cikgu2 tampak sibuk dan bersungguh2 masa hari serahan. Tahniah Mozac!


Tupai Si kucing dari Krubong

Asow Garden and Cafe

We bought some plants here while in Ipoh. 


Hospital Fatimah Ipoh, Paediatric Ward


Pasar Dato’ Keramat

Jumaat, 5 Februari 2021

Cerita Motivasi dari Whatsapp

Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di Car Wash area Kuantan. Berhentikan kereta, matikan enjin dan serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta. Nepal ke, Myanmar ke aku tak pasti. Terlihat kereta parking sebelah kereta aku Chevrolet Camaro (Transformers) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ini dalam harga RM400k pada permulaannya.

Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond, memandangkan cuaca agak panas. Aku duduk dan memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca. Aku agak buku-buku bermotivasi tinggi di tangannya.

Aku pun bertanya,

"Kereta bos ke tu?"

Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum...

"Dari mana bos?" 

Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke?

Consultant jawabnya. 

Oooh...

"Consultant untuk pinjaman perniagaan dan penasihat kepada bank-bank di Malaysia".

"Waww"!!! 
Mesti best jawab hati aku.

"Saya dah 30 tahun dalam bidang ini," katanya.

Aku tanya dia, "Macam mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?"

Dia tersenyum dan katanya,

"Saya nasihatkan guna apa yang kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank. Apa yang ada, besarkan modal. Saya bermula dari kecil. Mula ada RM10k, kemudian RM20k, RM60k, RM80k, kemudian kepada RM100k, RM200k, RM400k dan RM800k. Cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan. Paling seronok jika dapat RM1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat RM1 juta yang ke-2 terlalu mudah dan pantas," katanya.

Aku terdiam..

"Ramai orang susah datang berjumpa saya, mereka bertanya apa rahsia saya? Saya akan berkata,

"Allah jadikan dunia ini untuk kita, kita dikurniakan akal, gunakan sebaik mungkin. Jujur dan jangan menipu. Ramai yang tak yakin janji Allah sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja dan "pasti" akan ditunaikan.

"Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya. Solat 5 waktu, duha jangan tinggal, bangun tahajud malam. Minta sungguh-sungguh. Pekerja saya, bila azan bergema, saya arahkan tinggalkan kerja 'sekarang'. Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu! Allah panggil kita menghadap dia. Tapi kadang kala kita cakap, 

"Tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi!"

Allah itu pencipta alam semesta. Kita boleh cakap pula pada dia macam tu?,"

Dammm !!!
Tersentap aku..

Katanya lagi,

"Ramai yang datang minta kerja. Soalan pertama saya tanya, "Awak solat tak 5 waktu?"

Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun, jika tak solat saya tak akan terima. Ada yang datang nak suruh support buat pinjaman RM100k, RM1 juta, RM50 juta atau RM500 juta saya boleh tolong. Bagi kertas kerja pada saya, saya selidik dan sain serta recommend pada bank dan bank akan luluskan. Tetapi soalan pertama saya tanya dulu,

"Awak solat tak 5 waktu? Jika tidak, awak balik saja," katanya.

Ada yang berkata, "Abang tu bawa 'Transformers' pergi masjid". Jika saya, bawa Kancil je. Katanya, "Kereta itu milik Allah. Dia bagi pinjam je tu. Apa salahya saya bawak dia pergi menghadap Allah? Hati niat kena betul, jangan niat nak menunjuk-nunjuk. Niatkan nak cepat menghadap Allah, nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha. Kereta itu saya beli hampir RM700k import. Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai. Saya bukan tak mahu Ferrari atau Lamborgini. Sebab ekzos dia bising. Kereta Chevrolet Mustang ini lagi laju dari Ferrari atau Lamborgini. Kereta ini 6.2CC. Ferrari dan Lamborgini baru 4.8CC. 10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin. Niat apa yang kita ada untuk manfaat pada orang lain. Kereta itu cuma besi yang diisi enjin, dituang minyak. Start dan berjalanlah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur".

Satu lagi pesan saya. "Berkawan", kita yang perlu pilih. Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia dan yang paling utama, Akhirat. 

Dunia ini pinjaman. Carilah pinjaman yang terbaik disini. Untuk kekayaan sebenar di sana.

Waah !!! hebat giler bila berjumpa somebody.

InsyaAllah, kata-katanya dan pengalaman beliau sangat-sangat membantu.

Sampaikan...
Selalu kita akn tanya apa rahsia utk kaya...tapi kita lupa utk jaga hubungan dgn Yang Maha Kaya...

Peringat utk diri sendiri dan kawan2 yg bakal kaya.
Saya mohon kepada gadis-gadis dan juga para abang-abang, adik-adik, baca post ni sampai habis. Saat memandang kain sempit mu, seluar ketat mu, baju sendat mu, tudung singkat mu, solat dan ibadahmu. Aku ingin sekali menegurmu. Namun. Sering saja terkaku. Rasa tak mampu. Kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur. Jauh di sudut hati terasa bimbang. Aku bimbang di akhirat kelak. Kau akan mempersoalkan aku. "Kau sahabat aku. Kenapa kau tak tegur aku dulu ? Kau memang sengaja nak aku ke neraka kan ? Kau sengaja nak bahagia masuk syurga sendirian kan ? Aku kurang ilmu agama. Tapi kau tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama kau tu ? Kenapa kau tak guna untuk bantu aku ? Kau tunggulah di akhirat kelak. Aku akan tarik kau masuk neraka sebab kau tak tegur aku." AllahuAkhbar. Sahabat. Begini lah cara aku menegur mu. Dengan post kecil ini. Hari ini. Sekurang - kurangnya. Bila aku di soal Nya di akhirat nanti. Tentang apa yang aku lakukan untuk sahabatku. Aku boleh jawab bahawa. "Aku telah menegur mereka. Dengan post kecil ku ini. Dan dengan selemah-lemah iman ku. Iaitu mendoakan mereka dari jauh.
"Aamiin. KITA BERSAHABAT KERANA ALLAH S.W.T.

Terima kasih tekun membaca, siapa kata rakyat Malaysia malas membaca.  

(Perkongsian Manfaat.)

Kisah benar 21/02/2015

Kredit Az Mi

Selasa, 2 Februari 2021

My healthy lunch



Resepi  Spagetti sihat ala Aglio Olio

3 ulas Bawang putih
1/4 cawan extra Virgin olive Oil
1/4 cawan tomato ceri
1/4 cawan tomato jepun dibuang biji
Daun ketumbar
Cili padi
serbuk paprika
sos ikan
perahan limau
Gula merah - sedikit sahaja

Cara-caranya
  1. Panaskan minyak zaitun sekadarnya, masukkan bawang putih. Masak tanpa menggoreng, minyak jangan terlalu panas.
  2. Masa yang sama , rebus spageti hingga empuk.
  3. Apabila bawang putih telah masak, masukkan sayur-sayuran dan bahan perasa secukupnya. Masak sekejap sahaja kerana minyak zaitun tidak boleh dimasak seperti menggoreng. Masak sekadarnya sahaja. Tutup api.
  4. Campur spageti ke dalam kuali dan gaul kan hingga rata.
  5. Sedia dihidangkan.

Selamat mencubaaa! 









Food 🥘 making bento for Zarif

My standard one baby started schooling this week, so I decided to pack food for him to have during recess. First day, plain maggi, second da...