Rabu, 28 Mac 2018

Emak Melaka

Assalamualaikum readers. (Hakikatnya blog ini tiada pembaca (great anyway!))
Pada suatu tengahari di awal minggu, ya hari Isnin, saya menerima WA dari kekanda hati yang mengatakan ibunya sakit. Ipar saya telah pun bertolak ke Melaka untuk menjemput Emak ke KL malam tadi. Kenyataan ini amat menggemparkan kami sekeluarga kerana pada pengamatan kami Emak SIHAT. Ipar saya adalah seorang doktor pakar dan memberi pengesahan bahawa Emak bukan berada di Kondisi normal. Kata Emak, ketika dia di bilik dapur, dia terlihat awan putih berlegar sekelilingnya dan dia terus menjadi seram sejuk. Minggu sebelumnya, adik ipar saya telah membawa Emak ke sebuah pakar orang tua; dan hasilnya Emak di diagnosis depresi. Kami sekeluarga merasa amat sedih dan bagi saya sendiri , ia bagai satu mimpi dan mustahil Emak ada depresi.

Certanya agak panjang, lalu dipendekkan di sini. Saya masih merasakan Emak sihat , tiada depresi cuma letih dengan perihal anak-anak, menantu dan cucu. Apapun doa saya semoga Emak kuat melawan apa sahaja anasir yang cuba mengawal mak dan mak kembali ceria seperti dulu. Sayang Mak!❤️

Harap Mak cepat sihat. Trip ke London sudah makin hampir. Harap Mak boleh pergi dan pulang dengan selamat. InshaAllah.

Oklah . Bai.

Selasa, 23 Januari 2018

Hasrat jadi "Taukeh" Kek

Kisah saya yang tiba-tiba berminat berjualan kek cantik adalah selepas kagum melihat kek-kek hasil nukilan Kak Yani The Kitchen Guardian dan Cantek Sekali. Keduanya sangat kreatif. Saya memikirkan darah seni yang mengalir ditubuh ini perlu disalurkan kepada sesuatu. Ya, mungkin pada kek!




Saya tertarik pada panggilan kelas menge'kek' ☺oleh Kak Yani, lalu terus memberi maklumbalas untuk menyertainya. Katanya hanya 20 orang satu sesi, dan saya bertuah. Harga kelas ialah RM250, dengan perkongsian cara-cara membuat Kek Victoria Sandwich (tak pernah tahu kek apakah itu), Kek Devil Food Chocolate Cake dan demo Pavlova Cake. Saya penggemar Pavlova, maka teruslah saya join kelas tu. Pada hari kelas dijalankan, kelas agak padat dengan sekitar 30 orang pelajar. Lebih memeningkan,adalah ragam sekor-sekor yang tunjuk pandai dengan soalan yang boombastic. Kata soalan, tapi nampak macam sendiri yang beri jawapan. Selalu saya lihat Kak Yani sedaya upaya menjawab segala pertanyaan dan sesekali 'annoyed' dengan soalan mereka. Paling tak senonoh, pelajar yang merekod video pada setiap gerak Kak Yani, dengan harapan meniru segala perbuatan agar tak terlepas apa-apa tips. Bayangkan kelas yang padat, yang sorang ni sibuk dengan video dari mula hingga akhir. blurrghh!

Pada tujuan asal, saya ke kelas Kak Yani hanya kerana minat melihat kek yang cantik. Saya tidak mempunyai ketuhar, cake mixer waima spatula cake pun saya tak ada. Saya tergelak kecil bila tahu dalam kulinari juga dipanggil spatula, kerana kali terakhir saya dengar perkataan itu adalah di makmal kimia sekolah menengah. Haha. Saya sungguh naif.

Oh ye, saya ke kelas Kak Yani sudah beberapa tahun yang lalu. Lebih kurang 3-4 tahun lalu. Sekarang saya dah pandai sikit tentang alatan membaking dan boleh menghasilkan kekk cantik! Mission accomplished!

Food 🥘 making bento for Zarif

My standard one baby started schooling this week, so I decided to pack food for him to have during recess. First day, plain maggi, second da...